Assalamualaikum wrt...
Terasa seperti hari ini sudah hari Jumaat. Mungkin sebab lega, dah lepas satu test;Perturbation. Minggu depan menanti lagi satu test; History, dan 4 assignments untuk dihantar. Terasa seperti nak "giler" je. Minggu last ni la yang paling banyak assignment. Disebabkan keje yang banyak menimbun2 ni, tak dapat nak pegi ke Liverpool, gathering budak2 INTEC, ALED 2. Tapi dengar2nya, ramai jugak yang tak dapat datang. Takpe la, harap2 ramai yang datang 13hb ni di Notts, sebagai gantinya. Tak sabar rasanye nak pegi Notts. Kter tak pernah pegi kenduri kawan kter yang kahwin. Excited pulak. =)..
Minggu depan, Isnin raya haji. Bapak mesti sibuk dengan korban. Tahun ni mak kata ada 11 ekor lembu (kot). Banyak kan? Yela, taman2 berhampiran dengan kampung kter dah banyak, masjid pulak ada satu je.Bila time2 perayaan macam ni, semua pun berkumpul di masjid kampung kter. Setiap kali korban, kter mesti tak berani nak tengok walaupun masjid hanyalah beberapa saat saje dari rumah itu. Kter takut nnt bila kter tgk, kter kesian. Sama kes macam burung puyuh tu. Kter nampak org tu sembelih dan buang kulit burung tu, terus kter kesian dan tak makan langsung.
Minggu ini macam2 yang terjadi. Banyak dukanya dari sukanya. Masih tiada penyelesaian kepada masalah yang timbul. Sebak hati masa mula2 baca pesanan itu. Mata terus berair. Kalau bukan kerana masa itu ada example class, agaknye dah mengalir tak berhenti-henti airmata itu. Salah siapa, tak tau nak kata. Bukan salah sape2 sepatutnya, tapi kter tak boleh nak berhenti salahkan diri sendiri. Mungkin kter meletakkan harapan yang terlalu tinggi, mungkin kter terlalu tamak sangat, mungkin kerana kter sangat mementingkan diri sendiri. Mungkin kerana kter kurang sabar, mungkin kerana kter kurang memahami, mungkin kerana kter terlalu sayang. Entah la. Perkara ini sentiasa bermain di fikiran kter. Walaupun kter senyum, kter gelak, itu semua supaya kter dapat lupakan perkara ini. Biarlah Allah yang menentukan. Berilah masa untuk difikirkan perkara ini masak2. Kter sgt berharap perkara yang kter fikirkan itu tak menjadi kenyataan. Tapi semuanya kehendak Allah. Allah lebih tahu ape yang terbaik bagi kter, bagi semua. Apa yang patut kter buat pun kter tak tau. Semuanya seperti tidak kena. Nak ikut kata hati, atau nak ikut kata akal? Doa saje yang mampu.
Ok la. Baik kter sambung buat keje, walaupun takde hati sebenarnya nak buat. Hidup mesti diteruskan. Semuanya adalah dugaan dariNya. Semoga Allah tabahkan hati kter semua dalam menghadapi segala cabaran dan dugaanNya. Amin.
p/s: Apa gunanya bertemu, kalau untuk berpisah?
p/s:Tajuk xde kaitan.huhu..
p/s lagi: Dengar la lagu Lah Ahmad, Kau Tercipta..sedap sgt..=)
Adios
Thursday, 4 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







5 comments:
sepi best..hikhik
life goes on!!!
rusya, lama tidak ku lawati kamu disini. moga sihat bahagia hendaknya.sepi tu movie malaysia ke? =)
b strong girl.
life goes on.. btol kata wan
fariza: a'aa sepi tu movie malaysia..tgk la..sedih tau..=(
Post a Comment