sHoUt iT oUt!!!


FEEDJIT Live Traffic Feed

Quotation Of The Day....

Duhai Wanita, jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalasnya dengan buah kurmanya. =)

FEEDJIT Live Traffic Map

Who am i?

My Photo
nErdYwOnDeR
Someone who finds pleasure in writing her thoughts and feelings here..
View my complete profile

My Archive

Configure your calendar archive widget - Edit archive widget - Flat List - Newest first - Choose any Month/Year Format

Wednesday, 17 September 2008

Anda Mampu Mengubahnya ~~

Assalamualaikum wbt…

Semalam untuk pertama kalinya sejak kter balik ni, kter naik bas untuk pergi ke Jusco. Selama balik ni kter mmg jarang keluar ke mana-mana tanpa mak kter. Selalu pun keluar dgn mak kter naik kereta gi sana la gi sini la. Ada aje urusannye setiap hari. Tp semalam kter nak teman kawan kter shopping kat Jusco, so naik je la bas, xnak susahkan mak kter nak berantar berambik pulak kan. Kter mmg dah biasa naik bas sejak dari sekolah lagi. Kalo ada kelas agama, ko-ko ari sabtu, tuisyen ke, selalu pun kter naik bas je. Kdg2 je kter mintak mak kter amek.


Kalo nak difikir2kan, sepanjang beberapa tahun ni, sejak kter masih sekolah menengah sampai la kter dah kat U ni, perkhidmatan bas dekat sini masih tak berubah. Tiada langsung perubahan yang kter nampak dari segi perkhidmatan, keselesaan, yang ada perubahan hanyalah pada tambangnye saje. Dan hari ni harga tambang bas naik lagi. Kter sangat suke dgn perkhidmatan bas kat birm ( cthnye la sebab kter belajar kat birm kan, tmpt lain kat UK pun sama je rasanye). Kenapa kter suka?

  1. Bas dia cantik dan selesa. Sesuai untuk semua golongan. Orang yang guna wheelchair pun boleh naik bas. Sama jugak ngan parents yang bawak baby guna stroller. Siap ada tempat khas untuk mereka2 ni. Untuk orang yang pakai wheelchair ni, pemandu sendiri yang kadang2 akan turun dan bantu mereka naik. Oh ye, tidak dilupakan pada orang2 yang cacat penglihatan.
  2. Setiap bas ada timetable dia sendiri. Senang untuk kter plan perjalanan kter. Takde la kter membazir masa menunggu bas yang rupa2nya lagi sejam baru datang. Tak ke penat kter nak tunggu je kat bus stop tu. Penantian itu suatu penyeksaan tau. Huhu
  3. Pemandu bas akan mengikut laluan yang telah ditetapkan untuk bas itu dan tak kan nak melencong ikut jalan lain kecuali kalo terpaksa ( jalan tutup ke, accident ke, ect ).
  4. Paling penting sekali, bas-bas sume tak kan nak berlumba dengan bas lain untuk dapatkan penumpang yang paling ramai.
  5. System tambang bas yang menyediakan daysaver ticket sangat2 menyenangkan dan menguntungkan pengguna.
  6. Pemandu bas dia semua mematuhi peraturan non-smoking di dalam bas.

Kalo nak dibandingkan dgn mutu perkhidmatan bas disini mmg jauh bezanya. Antara yang kter tak suke dgn perkhidmatan bas di sini adalah sebab :

  1. Bas buruk dan ada yang dah uzur dah pun. Maksud kter bila nak naik bas tu pun takut, sbb dah uzur sgt. Tempat duduk pun banyak yang berconteng-conteng, koyak. Dan bas kat Malaysia macam kurang praktikal sket. Orang2 tua susah nak naik bas sbb sume bas ada tangga, susah diorang nak naik. OKU pun susah nak guna bas. Apetah lagi parents ngan baby.
  2. Bas datang ikut suka dia je. Xde timetable yang fix. Kadang-kadang datang dua sekali bas. Kalo dah macam tu kene tunggu sejam plak untuk bas seterusnya. Kekerapan bas pun kurang. Weekend ke weekdays ke sama je. Susah la mcm ni kan orang nak budget time nak keluar rumah nak catch bus nak pegi mana2. Kalo ada timetable pun, orang cam xtau sgt je exact time dia.
  3. Pemandu bas akan ikut mana2 laluan yang dia suka. Maksud kter bukan la kalo bas tulis Bercham tp dia gi Taman Cempaka plak. Bukan mcm tu. Macam bas yang kter naik semalam tu. Dia nampak ada bas lain kat depan dia dah masuk Taman Pakatan. Dia sepatutnya masuk Taman Pakatan gak, tp ni tidak. Dia gi terus ke tempat lain dulu sbb nak beat bas td tu. Lepas tu baru dia masuk Pakatan tu. Lepas tu kalo dia terus ke pekan xpe la. Ni tidak. Dia pegi pusing balik tempat yang sama 2 kali. Perjalanan yang 15 min dah jadi 30 min!!!! Tak ke membazir masa kter tu??? Aduhai pak cik bas. Masa kter time sekolah dulu lagi la. Selagi bas tu tak penuh macam sardine, selagi tu dia xnak bergerak. Paling2 pun dia pusing 2,3 kali kat superkinta-ocean-superkinta-ocean pastu baru dia nak gerak gi Bercham ( rumah kter la ). Orang balik sekolah penat2 nak cepat sampai rumah, dia plak gi pusing2 membazirkan waktu kter je. Macam la orang takde keje nak buat kat rumah tu. Huhu.
  4. Oh yang ni mmg selalu terjadi. Macam kat Ipoh ni ada Citybus ngan bas lama. Citybus ni ada aircond dan tambang mahal seposen je. Yang bas lama ni pakai tingkap biasa la. Antara dua bas ni selalu je lumba-lumba nak dapatkan penumpang. Bawak laju2 la. Sampai kadang2 kata xmasuk taman tu taman ni. Nak terus ke tempat lain nak beat bas satu lagi. Kesian orang yang dah naik awal2, kene berenti tempat jauh2 jalan kaki tengah2 panas. Teruk betul diorg ni tau. Bila orang naik bas, dia suruh cepat2 pastu terus jalan. Tak kira la yang naik tu tua ke muda. Kalo muda xpe la. Boleh dia tahan sket. Kalo tua2 kan susah nak jalan. Nak kene pegang2 besi kat bangku tu untuk cari tempat duduk. Kadang2 pemandu ni xhiraukan sume tu tau.
  5. Daysaver mmg xde kat ipoh ni. Tp kat sini nak gi mana je naik bas. Tak brape convenient pun.
  6. Hisap rokok? Ramai je pemandu bas kat sini yang macam xreti baca tulisan kat dinding bas tu. “Dilarang Merokok”.
  7. Satu lagi, konduktor bas dia kadang2 suka kacau orang. Rimas orang tengok. Kter xtau la ape yang kter pk ni betul ke tak. Kter mcm ingat yang kiraan pendapatan drpd perkhidmatan aritu dikira mengikut berapa jualan tiket yang dah dijual. So kalo kter dah bayar tp dia xbg tiket, bukan nnt duit tu dia yang amek ke? Ntah la kter xpasti sebenarnye. Kter dah selalu kene mcm tu tp kter selalu buat dunno je.

Bila kter tulis macam ni nampak macam buruk aje Malaysia punye, yang UK punye cam bagus je. Kter xde la nak kata mcam tu sgt. Just that improve la sikit mutu perkhidmatan tu. Kalo dari sepuluh tahun dulu tak berubah, mmg ada problem tu. Akhir kata, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Sekian.

Adios.

4 comments:

Anonymous said...

ya betol! anda mampu mengubahnya. hihi. tp kan, balik mesia ni, asyik-asyik nak compare ngan uk. like nak lintas jalan tu kan, kalo kat mesia, zebra crossing, driver redah je. orang yg nak lintas yg kena tunggu. if kat uk, ade like dis? no! and then hold pintu. kan kat uk, org salu je pegang kan pintu supaya kita boleh kuar or masuk dengan mudah. kat sini, peduli ape, siap libas je pintu tu. lantak la org lain. betol tak? and dun ever mention pasal queue. kat sini, benda beratur ni siap boleh buat gado. ok, enuf said. mcm emo je. haha.


*dah lama tak naik any bus di mesia, so tak leh nak komen pasal bus ;)

nErdYwOnDeR said...

haa tu la..zebra crossing tu mmg..kter aritu ingat nak pakai jalan je..tp cam xyakin dgn pemandu2 malaysia ni..karang dilanggarnye kter, sape susah..kter jugak susah..xpe la..lepas ni kter jadila pemandu yang berhemah..nampak org nak cross kat zebra crossing tu kter stop la..bg dia jln..biar kter menjadi contoh kepada pemandu lain..cewah..tp sebenarnye kter xdrive pun..hehhe..

Anonymous said...

sistem pengangkutan awam kat malaysia mmg teruk gila kalau nak banding tempat lain..n situasi nya kat mana2 pun sama je..driver berlumba2 dpt banyak penumpang..tp kalau gi jakarta, lagi teruk kot..hehe

Anonymous said...

kat sane ibu tunggal or org2 tua pun free naik bas kan?

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©