sHoUt iT oUt!!!


FEEDJIT Live Traffic Feed

Quotation Of The Day....

Duhai Wanita, jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalasnya dengan buah kurmanya. =)

FEEDJIT Live Traffic Map

Who am i?

My Photo
nErdYwOnDeR
Someone who finds pleasure in writing her thoughts and feelings here..
View my complete profile

My Archive

Configure your calendar archive widget - Edit archive widget - Flat List - Newest first - Choose any Month/Year Format

Tuesday, 2 September 2008

Ahlan Wasahlan Ramadhan =)

Assalamualaikum wrt...

Sudah 2 hari umat Islam di kebanyakkan negara berpuasa. Bagaimana dengan hari pertama anda? Penat? Seronok? Hari pertama selalunye akan terasa penat-penat dan seronok juga. Menunggu waktu berbuka dgn mata yang tak lepas-lepas memandang jam di dinding. =D . Apabila hanya tinggal lagi 10min berbuka, masing-masing sudah mula duduk di meja makan dgn kurma atau air sudah tersedia di tangan atau di meja. Sangat seronok perasaan itu ditambah lagi dengan makan bersama-sama keluarga. Keluarga kita jarang makan sama-sama, jadi bila semua orang berkumpul dan makan pada waktu yang sama, ianya sangat menyeronokkan. =).

Dan selepas berbuka tentunya semua akan menunaikan solat maghrib dan bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat isya' dan seterusnya solat terawih. Alhamdulillah rumah kter sangat dekat dengan masjid, jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk ke sana. Pada permulaan ramadhan ini selalunya orang agak ramai dan bahagian wanita selalunya penuh. Tetapi akan tetap ada ruang untuk semua yang hadir. =). Masjid tempat kter ni buat terawih sampai 20 dan tambah witir 3. Kebanyakkan orang buat 8 saja. Jadi selepas 8 rakaat, ruang solat jadi lengang sikit dan selalunya bahagian wanita akan tinggal paling-paling pun 2 saf dari 4/5 saf. Tahun ni imam isya' dan terawih adalah seorang Hafiz ke Tahfiz ( ? ). Sedap baca dan tak baca surah yang panjang-panjang. Just nice. Bukan ape ada imam yg suka baca surah panjang-panjang. Kesian pada makcik-makcik yang dah tua dan sakit kaki, dan takut nnt tumpuan dah terlari sbb lama sgt. huhu.

Kter nak berbalik kepada berbuka puasa tadi. Nak bercerita tentang juadah berbuka puasa. Salah satu keseronokkan bulan puasa ini adalah bazaar ramadhannye. Ingat lagi masa kat INTEC, gi bazaar kat situ. Sangat banyak gerai dan sangat ramai orang. Sangat sangat ramai orang. Sampai nak jalan pun susah. huhu. Pernah sehari tu hujan lebat ptg tu dan waktu tu dah hampir nak berbuka. Nak keluar gi bazar, hujan lebat. Tp kat rumah pun xde makanan. Akhirnya ktorg berbuka minum air je kot. Then lepas hujan reda baru gi cari makanan. Lebih kurang kot citenya, dah lupa dah. Marisa, ko ingat lagi tak?huhu. Selalunya kalo bulan puasa ni juadah yang menjadi pilihan keluarga kter adalah bihun kicap. Bihun kicap ni sama je mcm bihun sup cuma dia ada sambal merah dan sambal kicap yang lain sket. Makan pun xperlu kuah banyak. Sedap la pendek kata. Ada ball ball ( bebola ye. kami panggil ball ball. hihi ) lagi. Kalo lauk-pauk tu selalunya masak di rumah saje. Selalunya kami akan berbuka dgn air teh dan buah kurma dulu. Then ikut la selera masing-masing. Ada yang makan kueh dulu. Ada yang makan nasi terus. Kter mungkin makan nasi terus sbb kalo makan lepas terawih nnt lambat sgt pulak, dah nak tido pun. Macam mana dgn kawan-kawan semua? Apakah juadah yang menjadi pilihan kawan-kawan semua? =).

Oh ye..hampir terlupa bahagian bersahur. Kami selalunya makan nasi untuk sahur. Lauk-pauknya pula adalah lauk dari berbuka puasa yang dihangatkan balik dan ditambah-tambah sedikit lauk lain. Dan air pula air teh dan susu. Minum teh dulu, then susu then baru air masak. Tp kter selalunya akan skip susu tu. hihi. Tak suka bau dia, busuk. huhu. Dulu-dulu masa time sekolah dulu minum jugak sbb takut kat sekolah lembik, tak larat. Tapi tu pun minum dgn tutup hidung. huhu. Tp ni sume kalo duduk rumah kat msia ni la. Kalo kat Birm tu, rasanya minum Hot Choc ngan air masak. Makan plak makan je ape yang ada, roti, maggi, lauk berbuka semalamnye. huhu.

Ok la kawan-kawan semua. Selamat menjalani ibadah puasa ye. Makan berbuka tu berpada-pada ye. Takut nnt tak larat pulak nak gi terawih. hihi. Oh ye.. jangan membazir ketika membeli di bazar tu ye kawan-kawan. Jangan ikut nafsu ok. =)

Adios.

5 comments:

Anonymous said...

peh, best gile puasa kat msia..teringat zaman2 puasa kat msia dlu2..nenek sure masak nasi ngan lauk yg best2..pastu beli kuih2 skit dr pasar ramadan..paling best kalau dpt tepung pelita, kuih lopes ngan air tebu..peh, layan..hikhik

Amirah Atory said...

rusya suker bihun kicap...kiter suker mee kicap...kat ipoh jer ade mee kicap yg sgt besh!!!...ehehe...

kalu kite nak buker pose mesti ade murtabak, kueh sampan, agar-agar santan, karipap kat bazaar ramadhan umah baru kite nih, ayam percik, kueh lopes, roti john, roti jala & segale mcm rotilah, pastu air mesti air tebu ke, air soya ke, yeos cincau ke, tembikai pun sedap jugak lah....errrkkk!!!

ni bukan makan buke pose..ni mentekedarah...hihi...

Anonymous said...

rusya, tak tahu kenape..tapi entry ni agak kelakar..tegelak2x i membacenye =D

raya pun kat m'sia ke nanti?

-bintAmir-

nErdYwOnDeR said...

warx : ye ye..tepung pelita mmg sedap..lupa plak ada kuih lopes tu..dah lama gak tak makan..huhu

mira : eh mira pun makan ek?..hihi..sedap kan..mira panggil kuih sampan gak ek?kter ingatkan kter je panggil tepung pelita tu kuih sampan.hihi..kter geng la mira =D

anonymous : hai cik lama xdgr kabar..terkejut sy nampak nama anda di sini..hihi..ooo kelakar ke?huhu.xpe la. a'aa nnt kter raya kat msia.raya 3 ari je.then balik birm sudah.=)

nicksaver said...

aku ingat lagi yg satu rumah kelaparan tu kan. dah lah roti pon xde. hujan lebat gile sampai yg xleh kuar rumah tu. sedih sedih.. tapi pastu sume pon makan x banyak sangat sebab perot dah masuk angin.

mira- banyak nye foods.makan ke telan??? :P

rumah aku berbuka selalunya juadah yang bukan nasi. sahur nanti baru masak nasi ngan lauk pauk. walaupon sahur mak aku masak lauk yg berat, tapi selalunya aku akan request ikan bilis goreng bawang lada. makan ngan kicap..krup krup ohh sedapnye~

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©